Assalamualaikum..
Hai hai hai hai hai...
Hai, saya cik tuan tanah untuk blog nih.
Saya nak guna nikname "Cik Leeto" sebab saya suka tengok stiletto yang menawan lagi gojes tu.. kerlass gitu you.. haha
Cik leeto rasa mana-mana perempuan yang pakai stiletto tu memang kena ada keyakinan yang tinggi la.. yela, tengok rupanya, tingginya, wahhh, cantik an.
Cik leeto pun teringin jugak tapi tunggu la dulu..
One day nanti.. tunggu yer.. akan cik leeto pastikan.. haha
Sebenarnya blog ni diwujudkan bagi cik leeto membebel je bila ada masa terluang.
Eh, silap.. bukan membebel, tapi berkongsi cerita. Hehehe.
Segala cerita la yang cik leeto nak kongsikan, dari cerita tentang sekeliling, kawan-kawan, isu semasa, perkongsian ilmiah, cinta.. opps.. masihkah ada cinta?
Sebenarnya tu tajuk cerita yang tengah hot kat tv3 sekarang tu. Alaa, yang pukul 10malam tu.
Cik leeto pun tengok cerita tu gitu-gitu je.
Sebab watak "liya" dalam cerita tu gedik sangat, cik leeto jadi geram sampai rasa nak tampar-tampar je.. Eh, cik leeto teremo pulak.. haha
Rasanya cik leeto da lari topik nih. Haha
Cik leeto memang camni, suka masukkan cerita lain dalam topik lain. Tapi korang jangan la marah kat cik leeto pulak. Sebab cik leeto ni sensitip orangnya. Sobs.
Dalam blog ni, cik leeto nak santai-santai je.
Cik leeto taknak bab politik k. Takmo takmo.
Cik leeto tak suka politik, walaupun cik leeto da layak mengundi. OppSs! Haha
Ok la, sampai di sini dulu mukadimah dari cik leeto ye.
Nanti kalau cik leeto dah ada cerita nak kongsi, maka timbul la ayat-ayat manis dari cik leeto yang lagi manis daripada madu untuk perkongsian bersama. Sila percaya! Huahuahua~
Akhir kata, salam perkenalan daripada cik leeto untuk semua.
Tata..


No comments:
Post a Comment