From Allah & To Allah

From Allah & To Allah

Saturday, June 7, 2014

Cerita Tentang Hujan Yang Turun



Assalamualaikum.
Hujan
Apa ada pada hujan?
Hujan adalah perkara biasa bila air yang turun dari langit membasahi bumi?
Atau hujan membawa seribu cerita disebaliknya?
Well, Cik Leeto percaya semua orang ada pendapat tersendiri tentang hujan.

Bagi Cik Leeto, Cik Leeto suka tengok bila hujan turun membasahi bumi.
Bila hujan, Cik Leeto suka duduk di tepi jendela sambil perhatikan hujan yang turun membasahi bumi ciptaan Allah, tempat kita menumpang teduh buat sementara ini.
Bila Cik Leeto lihat air hujan tu, Cik Leeto dapat rasakan seperti Cik Leeto sedang bercerita tentang apa yang tak terluah oleh kata-kata Cik Leeto pada hujan itu.
Cerita suka, duka atau cerita yang Cik Leeto sendiri tak pasti kewujudannya.
Tapi yang pasti, Cik Leeto rasa tenang je bila tengok air hujan yang mengalir turun membasahi bumi.
Perasaan yang sama yang Cik Leeto rasakan bila Cik Leeto tengok ombak.
Rasa sejuk, tenang, kagum bila tengok ciptaan Allah yang cukup indah ini.

Bila hujan je, ramai yang cakap, "Best ni untuk tidur"
Tapi ramai yang tak perasan, disebalik rasa best untuk tidur tu sebenarnya ialah rasa tenang.
Ye, rasa tenang yang Allah hadirkan bersama air hujan yang turun membasahi bumi itu.
Terkadang bila hujan turun, Cik Leeto rasakan seperti kawan yang datang sementara untuk mendengar luahan hati kecil, dan akan pergi bersama luahan itu dengan bersama pabila redanya hujan itu.
Ada seseorang pernah berkata pada Cik Leeto, "Bila tengok hujan yang turun, mesti fikiran kita akan melayang memikirkan sesuatu atau mengimbas kembali sesuatu. Fakta"
Dan Cik Leeto akui kata-kata dia
Sebab itu la yang Cik Leeto alami dan rasai.
Wahh, orang tu macam tahu-tahu pulak an. Haha

Walau apa pun cerita tentang hujan yang kita rasakan,
Satu yang kita tak boleh lupa,
Iaitu, hujan tu sebenarnya rahmat daripada Allah untuk sekelian alam dan isi dalamnya.
Untuk apa diturunkan hujan?
Untuk kita bersyukur pada nikmat yang Allah turunkan buat kita.
Jadi, bila hujan, jangan lupa baca doa ni ye,
Moga kita tetap menjadi hamba Allah yang bersyukur pada setiap nikmat kurnianNYA.
Cukup sampai sini saje contengan Cik leeto untuk kali ni.
Terima kasih pada yang sudi membaca.
Tata ~

No comments:

Post a Comment