From Allah & To Allah

From Allah & To Allah

Saturday, June 14, 2014

Maafkan saya.. Sobsob


Assalamualaikum.
Eh, da lama tak updated pulak.
Maafkan sy.. Sobsob..
Cik Leeto busy sikit study untuk final exam. Maklum la, budak sekolah lagi katakan. Eh, sekolah ke?? Hahaha. Bole la, bole la. Hihi
Kadang-kadang online je, tapi buat research lain dalam internet ni. Tak sempat pun nak jenguk blog ni. Sorry sesangat.
Kekangan masa sekarang tu agak boleh tahan jugak la.
Tapi, kalau ada masa, Cik Leeto akan updated juga kisah-kisah terbaru ye. Hihi
Tu je untuk kali ni.
Terima kasih bagi yang sudi membaca.
Tata

Tuesday, June 10, 2014

Teringin satar.. Craving.. Sobs~


Assalamualaikum.
Hai semua...
Cik Leeto nak kongsi pasal makanan harini.. Aci la erk? Hihi
Sebenarnya masa tulis entry ni, Cik Leeto cam teringin nak makan satar. Sebab da lama tak makan makanan peberet ni. Tiba-tiba datang rasa teringin nak makan satar ni lepas ada la orang tu gitahu Cik Leeto yang dia baru lepas makan satar sedap. Saje je kan. Sobs. Da la sini susah nak cari. Kalau kat terengganu tu banyak la. Sobsob.. 
Cik Leeto nak ceritakan serba sedikit asal satar ni, walaupun kebanyakan konfirm da tahu kan. Tapi, biarlah, nak cerita jugak. Hihihi.
Satar ni diperbuat daripada isi ikan, kelapa parut, daun kunyit dan sebagainya. Tapi yang penting kena ada isi ikan ok, sebab kalau takde isi ikan, mana nak dapat satarnya.
Satar ni berasal dari negeri terengganu (negeri kelahiran cik leeto).. hihi
Satar ni kadang-kadang susah jugak nak dapat bila duk luar dari terengganu ni, tapi biasanya kalau bulan puasa mudah dapat kat bazar-bazar ramadhan. Nyum nyum. Sedapnya.
Biasanya, kalau terjumpa kat mana-mana, cik leeto memang takkan lepaskan peluang untuk beli satar ni. Peberet cik leeto kot. Eh, peberet satu family cik leeto. Kalau beli tu, kejap je hadap, da habis. Nama pun peberet kan. Hihi. 
Tu je yang cik Leeto nak tulis sebenarnya untuk entry kali ni.
Dengan harapan Cik Leeto akan jumpa satar bila keluar kat mana-mana nanti. Atau ada la sesiapa yang baik hati tolong beli dan deliver satar ni kat Cik Leeto. Haha
Terima kasih bagi yang sudi membaca.
Tata~

Monday, June 9, 2014

Alololo, comelnya.. Cutenya!!


Assalamualaikum.
Hari ni Cik Leeto nak tulis entry pasal haiwan yang paling comel dalam dunia ni, iaitu KUCING!!!
Kenapa Cik Leeto tulis pasal kucing? Kenapa bukan pasal katak ke, tikus ke, kambing ke, burung ke, arnab ke? Kenapa?
Sebab......................... Sebab Cik Leeto suka kucing lah! Haha
Dalam banyak-banyak haiwan kat dalam dunia ni, Cik Leeto suka kucing.
Sebab bagi Cik leeto, kucing ni comel sangat. Tapi kucing yang lagi awesome ialah kucing peliharaan sebab pandai ikut arahan tuannya, manja dan yang penting, TAK MENCAKAR ok!
Tapi ada je kawan Cik Leeto yang tak suka kucing. Sebab dia pernah dicakar kucing katanya.
Mungkin kucing yang merayau tanpa tuan kot. Yela, mungkin time tu, kucing tu lapar, tengok pulak kawan Cik Leeto tu tengah makan sedap, so ia mencakar tu mungkin sebab tanda ia lapar dan inginkan makanan tu. Mana la kita tahu kan. Kucing pun makhluk Allah juga, tahu lapar, tahu ngantuk, tahu dahaga, sama macam kita juga.
Jadi, layan la kucing dan haiwan-haiwan lain yang ada di muka bumi ni baik-baik ye. Even tak suka sekalipun, jangan la sampai pukul/dera/khianat kat haiwan tu. Bayangkan kita dilayan sebegitu rupa, nak ke?? Kalau taknak, jangan buat camtu juga kat makhluk Allah yang lain k.
Pesanan ikhlas dari tuan blog yang comel, kiut lagi awesome, Cik Leeto (sekali sekala perasan).. hahaha
Kat bawah ni Cik Leeto belanja beberapa keping gambar kucing yang kiut miut kat kamu orang ye.
Kenapa tengok kita camtu?

Hai anak itik, jom kawan dengan kita nak?

wekk, kita tak kesah pun!

Kenapa semua nak ambil gambar kita ni?

Kita ngantuk la.. Nak tidur ni.. Jangan kacau kita yer..

Sekian contengan Cik Leeto untuk kali ni.
Terima kasih pada yang sudi membaca.
Tata~





Awas, ini peringatan!!


Assalamualaikum.
Kali ni Cik Leeto nak buat entry santai jela.
Sebab Cik Leeto rasa entry-entry Cik Leeto sebelum-sebelum ni macam berat-berat je. Hihihi
Tapi, da nama pun perkongsian kan, mesti la tentang satu topik yang Cik Leeto rasa bagi effect pada kita umumnya, juga pada Cik Leeto khususnya.. Tapi, bukan semua yang Cik leeto tulis tu terjadi pada Cik Leeto la, ada yang Cik Leeto dapat dari hasil pemerhatian Cik Leeto terhadap apa yang berlaku disekeliling Cik Leeto, dan ada juga yang berlaku pada orang-orang terdekat yang berada disekeliling Cik Leeto.
Tujuan Cik Leeto kongsi semua tu sebab Cik Leeto nak bagi peringatan pada semua, juga pada diri Cik Leeto sendiri juga.
Tapi, di sini, Cik Leeto nak minta maaf juga la andai apa yang Cik Leeto kongsikan tu ada buat kamu orang tersinggung ke, terasa hati ke, sentap ke. Tapi memang nak suruh sentap sikit pun! Hahaha.. Takde-takde, Cik Leeto gurau je.. Krik krik krik.. Hihihi
Ni je yang Cik Leeto nak tulis kali ni.
Terima kasih pada yang sudi membaca.
Tata~


Hitam Putih Manusia


Assalamualaikum.
Hari ni cik leeto nak kongsikan tentang "hitam putih manusia"
Bila baca tajuk entry ni, apa yang kamu semua bayangkan?
Pertama : Manusia yang berkulit putih dan manusia yang berkulit hitam?
Sorry k, kulit manusia tak ada perbezaan langsung. Hitam putih kulit seseorang tu langsung tak membawa erti. Di akhirat nanti, hitam putih kulit kita tak diambil dikira tapi yang dikira ialah amalan kita semasa hidup di dunia ni.
Kedua : Bendera Negeri Pahang?
Mentang-mentang cik leeto study kat pahang sekarang, nak kata cik leeto nak bias pulak ye. Takde-takde.
Ketiga : Bendera Negeri Terengganu?
Amboihh, mentang-mentang cik leeto berasal dari Terengganu, kamu ingat cik leeto nak cerita tentang negeri kelahiran cik leeto ke? Takde-takde.
Ada lagi ke yang nak teka yang lain???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haa, semua salah! haha
Sebenarnya, "hitam putih manusia" yang cik leeto maksudkan dalam entry kali ni ialah berkaitan dengan ragam manusia yang pelbagai di dunia ni.
Setiap manusia punya ragam dan cara yang tersendiri.
Bila kita suka tentang sesuatu perkara tu, kita tak boleh expect orang lain untuk suka perkara tu juga, kerna orang lain mungkin memandang perkara tu dari sudut yang berbeza dan tidak menyukainya.
Bila kita punya pendapat atau pemikiran yang berbeza dengan seseorang, kita tak boleh kata kat orang tu, "Hey, kamo salah la..bla bla bla"
Mana kamo tahu dia yang salah? Entah-entah kamo yang salah. OppSs!

Cik Leeto sendiri terkadang boleh tahan keras kepala bila berdebat dengan seseorang. Haha. Yela, masing-masing cuba nak pertahankan pendirian atau pendapat masing-masing.
Cik Leeto suka berkawan dengan orang-orang yang lagi berusia daripada Cik Leeto atau lebih senang Cik Leeto panggil "akak" kat kampus ni. Bukan apa, terkadang bila Cik Leeto bercerita tentang sesuatu, mereka boleh bagi pandangan atau pendapat yang lagi matang dan bagi semangat, bukan yang menjatuhkan.
Kawan-kawan Cik Leeto yang sebaya pun oke je, tapi mungkin sebab Cik Leeto senang bercerita dengan akak yang boleh bagi nasihat macam mak Cik Leeto sendiri.

Tapi kat sini Cik Leeto nak highlight sikit la,
"Usia tak melambangkan kematangan seseorang. Yang banyak pengalaman juga tak semuanya betul. Fakta! "
Orang tua-tua selalu kata, "orang yang hidup lama ni lebih banyak makan garam"
Memang tak dinafikan ada betulnya kata-kata tu, tapi kita kena ingat, bukan semua orang berada dalam situasi yang sama seperti kita.
Sebagai contoh : Orang yang da bekerja semestinya akan berfikir dan melihat berdasarkan dari situasi dalam alam pekerjaan mereka. So, how come you guys nak seseorang yang masih bergelar 'pelajar' untuk melihat dari sudut yang sama???
Bila pelajar tersebut menentang dan memberikan pandangan yang berbeza, kamu katakan padanya, "Hey, kamu mana boleh buat camtu. Kamu sepatutnya buat camni bla bla bla... Kalau kat tempat kerja saya, kalau pekerja saya buat camni, konfirm da kena redo balik"
Kamu katakan camtu dengan sebab kamu sudah bekerja dan punya pengalaman berbanding yang masih bergelar pelajar.
Wahhh, angkuhnya kamu kerna jawatan yang dipinjamkan oleh Allah pada kamu!!!
Come on guys.. Be fair.. Don't be arrogant for what you are now..
Please have some respect toward others no matter who they are or where they come from.

Ingatlah, dunia ni sentiasa berputar, macam roda.
Sekarang kita kat atas, esok lusa mungkin kat bawah.
Jadi, apa-apa pun yang kita buat, jangan fikir hanya kita yang betul dan orang lain semuanya salah.
Even orang lain salah sekali pun, jangan terus pangkah mereka dengan kata-kata, "Kamu Salah!"
Jangan.. Jangan buat camtu. Tapi tegur la elok-elok.
Nasihat cik Leeto, bila buat pape atau berkata pape, cuba la jaga hati/perasaan orang yang terlibat.
Sebab kita hidup kat dunia ni bersama-sama.
One day nanti, kita mungkin perlukan pertolongan antara satu sama lain.
Sekurangnya cuba ok..

Sekian saja contengan Cik Leeto untuk kali ni.
Maaf jika Cik Leeto ada teremo dalam contengan di atas.
Maaf juga jika ada yang terasa.
Cik Leeto tulis ni secara umum untuk perkongsian semua.
Terima kasih bagi yang sudi membaca.
Peace no war :D