From Allah & To Allah

From Allah & To Allah

Thursday, June 5, 2014

Kisah Cokelat Cadbury


Assalamualaikum.
Kali ni, cik leeto nak kongsi pasal kes berkaitan isu halal cokelat cadbury ni.
Ok la, cik leeto pun sebenarnya minat juga makan cokelat cadbury ni, nak-nak yang hazelnut, almond dan mixed fruits tu.
Tapi sejak KKM keluarkan kenyataan yang cokelat cadbury perisa hazelnut dan almond disahkan mengandungi DNA babi sejak beberapa hari lepas, cik leeto da berhenti makan cokelat cadbury ni.
Semua orang mesti terkejut dengan penyataan yang dikeluarkan oleh KKM tu an.
Yela, kita orang Islam, benda tu haram untuk kita makan mahupun sentuh. 
Bila selama ni kita makan cokelat cadbury tu selambe je sebab ada logo HALAL kat belakang pembungkusan cadbury tu, tiba-tiba keluar penyataan yang terdapat DNA babi dalam cokelat tu, mahu tak terkejut tahap... ntah la, cik leeto pun tak tahu nak ungkapkan camne.
Cik leeto nampak ramai orang Islam yang marah lepas kenyataan ini dikeluarkan.
Ramai yang mengecam JAKIM sebab tak pantau betul-betul dulu sebelum berikan cop HALAL kat kilang pembuatan cadbury tu.
Tup-tup, semalam JAKIM keluarkan statement yang cokelat cadbury tu sebenarnya HALAL dimakan kerana bebas daripada kandungan DNA babi setelah dianalisa.
KKM dan JAKIM punya keputusan analisa yang berbeza.
Jauh di sudut hati cik leeto, cik leeto kecewa dengan pengurusan KKM juga JAKIM.
Yela, kita ni an rakyat biasa. Kita bagi kepercayaan penuh pada KKM, terutamanya JAKIM untuk analisa/check bagi memastikan produk tu halal dan bebas daripada apa-apa bahan yang tak sepatutnya sebelum dipasarkan.
Sekarang, bila da jadi camni.. Urmm.. Entah la..

Dalam kenyataan dalam berita, JAKIM sahkan ujian terhadap cokelat cadbury yang diambil terus daripada kilang disahkan bebas daripada kandungan DNA babi dan HALAL untuk dimakan.
JAKIM kata cokelat yang dianalisa oleh KKM mungkin tercemar sebelum dianalisa.
Tapi cokelat cadbury tu an dibalut kemas lagi rapi dengan balutan kertas warna emas tuh, so camne boleh tercemar? Cik leeto pun hairan.

Memang la kita sepatutnya berikan keyakinan pada JAKIM.
Tapi bila jadi camni, da jadi was-was untuk makan.
So, sebagai umat Islam, bila was-was tu da jadi syubhah, dan bila syubhah, elok la ditinggalkan.
Takpe la, benda da jadi an. Yang penting, pihak-pihak berwajib dan kita semua perlu ambil iktibar daripada apa yang da terjadi, iaitu jangan sesekali ambil mudah/remeh tentang isu halal dan haram dalam pemakanan ni kerna ia akan menjadi darah daging kita.
Sekian saja perkongsian cik leeto kali ni.
Terima kasih pada sesiapa yang sudi membaca. :')

No comments:

Post a Comment